Kekuatan dari Sebuah “Tulisan” yang Perlu Dibiasakan

Ternyata untuk keluar dari zon yang biasa saya jalani adalah tidak mudah. Sudah lama saya meninggalkan bidang mengajar, sudah lebih 10 tahun, saya sudah selesa dengan jadual harian saya yang tidak perlu menulis. Untuk saya kembali mula menulis, berbagai alasan yang timbul dalam diri saya yang menyebabkan usaha untuk menulis itu tidak pernah kesampaian.

Saya mula rasa ingin menulis bermula 2012 selepas menghadiri kursus ‘Alpha Mind Control’ di Kota Baru. Kelantan. Saya hanya sampai peringkat menyediakan bahan sahaja. Buku dah dibeli tapi masih kosong. Rupanya sudah banyak buku yang sudah saya beli dan semuanya kosong. Saya seperti hanya membuat koleksi berbagai bentuk dan rupa buku yang ada. Setiap kali ingin mula menulis, saya beli satu buku. Bila dibuka buku-buku tersebut, nama saya pun saya tak tulis.

Bila saya fikirkan semula, bukan hanya menulis tapi banyak perkara yang saya ingin buat tapi tak kesampaian.  Kerap juga berkongsi dengan kawan-kawan bagaimana ye nak menyelesaikan masalah saya ni. Ada kawan berkata ‘ Awak suka tangguh kerja, itulah  masalah awak”. Saya bertanya semula ” Habis nak buat macam mana?”. Beliau menjawab ” Buat je lah…”. Maka mula buat azam baru, kena buat je. Apa yang berlaku, tak mula juga. Maka jadilah macam angan-angan Mat Jenin.

Bila diingatkan kembali, banyak juga azam yang telah dibuat, tiap-tiap awal tahun buat azam baru tapi tinggal azam sahaja bila habis tahun, tahun berikutnya buat azam baru lagi. Mula berfikir dimana salahnya. Azam yang ditulis tidak cukup bagus ke atau suka menangguh kerja ke?

Persoalan itu terjawab apabila saya sudah faham perbezaan antara keinginan, kehendak dan keperluan. Pak Firman Pratama menggunakan perkataan “butuh”. Beliau berkata kepada saya bahawa saya belum “butuh” untuk menulis, baru ingin dan mahu sahaja. Saya sebenarnya suka perkataan “butuh”, saya mencari perkataan bahasa melayu yang paling dekat dengan perkataan “butuh” ialah perlu tapi ‘butuh’ itu bagi saya kuat maknanya, maka sebab itu saya suka guna perkataan ‘butuh’. Perkataan ini yang menyebabkan saya mula menulis.

Saya mula mencari alasan-alasan bermula dengan keinginan. Saya tingkatkan setiap alasan-alasan itu menjadi peringkat kehendak, dari alasan-alasan kehendak saya mula mendapatkan alasan-alasan kukuh untuk pergi ke peringkat keperluan atau kebutuhan. Apabila sudah sampai peringkat kebutuhan, barulah saya mula keluar dari zon selesa saya.

Saya bersedia untuk mula menulis dan terus menulis. Saya mahu berkongsi pengalaman dan perubahan hidup saya dengan ramai orang kerana sebelum menulis saya hanya berkongsi dengan beberapa orang sahaja tapi dengan menulis ini saya dapat berkongsi dengan ramai orang. Dengan menulis ini, saya dapat belajar dan terus belajar sehingga menjadi orang yang lebih berilmu dan seorang yang bermanafaat.

Saya tahu segalanya bermula dengan fikiran atau minda saya. Selagi minda saya berkata tidak selagi itu lah segalanya tidak bermula. Semua yang berlaku adalah bergantung kepada apa yang saya fikir. Pengetahuan tentang minda bawah sedar yang diajar oleh Pak Firman Pratama banyak mengajar saya untuk berfikiran lebih positif terhadap keajaiban minda seorang manusia.

Dulu bagi saya, menulis itu susah. Mulai saat ini, dimana pun dan bila-bila pun menulis itu mudah, menulis itu indah. Sekarang menulis itu adalah berlian. Semakin saya banyak menulis, semakin banyak saya dapat “berlian”.

Kahasaliza

Advertisements
This entry was posted in Master Minda and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s