Ternyata rasa makanan itu tergantung pada Fikiran.

Teringat kepada seorang teman ketika di kolej dulu. Biasalah bila duduk di hostel, makanan yang paling enak adalah maggi. Boleh dikatakan makan maggi ni hampir tiap-tiap hari lah. Malangnya teman saya ni kalau makan maggi mesti muntah. Kesian betul, dia memang teringin betul nak makan tapi habis makan, semua keluar balik.

Saya pun bertanya, “Dah lama ke jadi macam ni?”. Beliau menjawab, ” Dulu saya pun memang pengemar maggi tegar tapi ada satu ketika, selepas makan maggi dengan kuantiti yang agak banyak, terus main, tengah main, perut rasa mual dan terus muntah dengan teruknya. Satu hari sakit perut dan kepala. Selepas itu, lepas makan maggi mesti muntah”. Saya pun menjawab, ” Patutlah, tapi sekarang ni awak nak makan tak?”. “Memang teringin tapi takut muntah”, jawab beliau. Saya dan rakan-rakan sebilik cuba membantu beliau untuk melupakan rasa takut muntah tu. Kami minta dia makan sikit-sikit dulu. Alhamdulillah akhirnya dia berjaya tidak muntah lagi selepas makan maggi. Menarik kan?

Bila saya belajar tentang keajaiban fikiran dengan Pak Firman Pratama, saya belajar bahawa sebenarnya apa yang kita rasa atau makan, bergantung kepada fikiran saya. Kalau dulu saya cuma mencuba dengan menasihati teman saya, sekarang saya mula membantu kawan menggunakan minda  yang bermasalah dengan pemakanan.

Saya juga tertanya adakah rasa pedas seseorang itu tergantung dengan kekuatan lidahnya atau kebiasaan seseorang itu dengan rasa pedas.  Dalam keluarga saya, suami dan anak kedua saya sangat kuat makan pedas sedangkan saya tak tahan pada rasa pedas. Mereka boleh makan dengan mengigit lada begitu sahaja. Saya tak dapat bayangkan rasa pedas itu sebab saya memang tak pernah mencuba.

Menurut Pak Firman Pratama, di Restoran Bakso Meletup beliau di Surabaya, rasa pedas itu ada levelnya. Menarik kan? Saya teruja dengan level itu kerana rasa pedas sudah dikategorikan, jadi mudah untuk saya tentukan rasa pedas saya pada level berapa. Tapi menurut Pak Firman Pratama lagi, level itu menurut tuan punya restoran tersebut, jadi belum di ISO kan. Banyak pulak prosedur yang perlu dibuat ye.

nasi-lemak-ajaibLantas, saya mencuba adakah rasa pedas itu sebenarnya tergantung kepada fikiran saya. Dulu, saya memang takut dengan makanan pedas sebab saya menghidapi gastrik. Doktor melarang saya makan makanan pedas. Sejak itu, saya tidak tahan makan makanan pedas. Minggu lepas, sewaktu bersarapan pagi dengan sahabat saya, dia makan nasi lemak, dia memang kuat pedas berbanding dengan saya. Dia makan dulu, saya nampak mukanya merah. Ternyata memang pedas sambal nasi lemak tu.

Sebelum makan, saya meng-alpha-kan diri saya, saya mula merasa tenang dan sangat nyaman untuk menikmati nasi lemak. Saya membayangkan dan merasakan rasa pedas itu sedap dan enak. Ketika makan saya sudah mula merasakan rasa pedas itu biasa sahaja. Sambil makan barulah saya faham kenapa sunnah Rasulullah S.A.W. menyuruh apabila makan, makanan perlu dikunyah sebanyak 40 kali. Apabila makan dengan mengunyah 40 kali, saya merasa sangat tenang ketika makan. Saya dapat menikmati sedapnya rasa nasi lemak tersebut. Yang pasti, saya berjaya menghabiskan nasi lemak yang sahabat saya kata pedas itu dengan rasa yang sedap sahaja.

Alhamdulillah, mulai sekarang dan seterusnya rasa pedas itu sedap dan enak. Rasa pedas bukan lagi menjadi penghalang untuk saya menikmati apa sahaja makanan yang saya nak makan. Mudah kan! Ternyata rasa makanan itu bergantung kepada apa yang saya fikirkan.

Kahasaliza

Advertisements
This entry was posted in Master Minda, Power Minda, Training Minda and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Ternyata rasa makanan itu tergantung pada Fikiran.

  1. integer2014i says:

    baru tau rasa itu tergantung sama pikiran kita…..

    boleh artikelnya buat nambah2 pengetahuan. Keep share bro.

    http://www.rzlfotocopy.com

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s