Setiap Orang Itu Pasti Ada ‘Kawan Baik’

Kawan BaikTeringat petua orang tua-tua berkenaan ‘kawan baik‘ kepada bayi yang baru lahir. Menurut nenek saya, ‘kawan baik‘ bayi adalah temuni bayi tersebut, jadi selepas bayi lahir, temuni tersebut perlu dibersihkan, dijaga dengan baik dan ditanam di tempat yang baik.

Menurut nenek saya, ianya perlu ditanam seelok-eloknya di bawah teduhan dan di tempat yang kering, menurut beliau, kalau tidak dijaga dengan baik, maka bayi akan menangis dan meragam. Waktu itu kalau difikir, memang tidak logik kan? Setahu saya temuni itu adalah  sarung tempat bayi dalam kandungan, tetapi selepas bayi lahir, apa pula kaitannya lagi dengan bayi tersebut.

Saya mula berfikir kenapa ye apabila ada sangsi difikiran saya, maka petua yang diberi nenek saya tidak menjadi. Nenek saya sering marah kalau saya mula bertanya kenapa, kerana dia dulu tidak pernah bertanya kepada orang tuanya, dia hanya melaksanakan sahaja. Tetapi bagi mereka yang sangat mempercayainya dan hanya menurut tanpa mempersoal kenapa, pasti berjaya. Adakah itu bergantung kepada fikiran seseorang itu?

Saya masih tertarik dengan ‘kawan baik‘ itu. Saya bertanya nenek saya, ” Sampai bila ye bayi itu berkawan dengan ‘kawan baik‘ nya tu nek? Hihihihi sekali lagi dimarahi nenek saya. Apabila saya mula memerhati setiap kejadian yang berlaku kepada bayi, contohnya tiba-tiba bayi itu ketawa sendirian, maka nenek akan berkata,” Dia tengah bergurau dengan ‘kawan baik‘ lah tu”. Maka saya mula merasakan ada sesuatu yang tersembunyi dari peristiwa itu. Kalau tembuni itu sudah ditanam, jadi siapakah yang bergurau dengan bayi itu kan!

Saya mula merasakan bahawa ada seseorang pendamping kepada setiap manusia itu cuma ia hanya diwujudkan semasa bayi dan kanak-kanak. Kalau seorang kanak-kanak itu bercakap sendirian, maka dikatakan dia sedang berbicara dengan ‘kawan baik‘ nya. Tetapi apabila seorang dewasa itu bercakap sendirian, di tuduh gila bukan!

Persoalan yang timbul dalam diri saya sejak dari dulu berkenaan ‘kawan baik‘ ini terjawab selepas saya mengikuti pembelajaran di kelas bapak Firman. Jadi ‘kawan baik‘ itu boleh diciptakan. Sewaktu kelas bapak, beliau berkongsi cerita berkenaan seorang kanak-kanak di Surabaya yang mempunyai masalah takut dengan gelap dan takut bersendirian. Ibu beliau terpaksa menemani beliau setiap masa. Setelah mengikuti rawatan pakar minda dengan bapak Firman, anak kecil itu sudah mula berani tinggal di dalam bilik gelap bersendirian setelah ‘diberi’ ‘kawan baik‘. Alhamdulillah, saya amat tertarik dengan cerita bapak kerana anak saya juga ada masalah demikian.

Pada malam hari yang sama, sebelum tidur, saya mula berbicara dengan anak lelaki saya, Amirul, saya mula mendapatkan data dari Amirul kenapa beliau selalu takut dengan gelap. “Takut hantu lah mama!”, saya percaya ramai ibu yang mendapat jawapan yang sama dari seorang anak kan? Saya mula bercerita sambil memberi ‘kawan baik‘ kepada Amirul. Amirul nak empat orang, dua Ultraman dan dua Raksasa. Saya mula mempraktiskan apa yang diajar oleh bapak Firman. Pada masa yang sama adik Amirul, Raisha juga mahukan Ultraman dan Raksasa. Lantas saya berikan juga.

Processed with RookieApa yang berlaku? Amirul sudah mula berani pergi ke tandas seorang, Alhamdulillah. Berlainan yang berlaku kepada Raisha, pada malam saya berikan dia ‘kawan baik‘, Raisha tidak lena tidur, dia asyik menangis sahaja. Sebelum itu, Raisha selalu tidur dengan lena dan jarang bangun waktu malam. Pada malam kedua juga berlaku perkara yang sama. Apabila saya merujuk kepada bapak, rupanya saya salah ‘beri’ ‘kawan baik‘.

Malam berikutnya, saya mula berbicara dengan Raisha untuk menukar ‘kawan baik‘ beliau. Alhamdulillah, selepas mendapat ‘kawan baik‘ yang baru, Raisha tidak lagi menangis sewaktu tidur dan sangat gembira berkongsi cerita tentang ‘kawan baik‘ baru beliau. Menarik kan!

“‘Kawan baik‘ itu adalah hasil ciptaan fikiran kita!”

— Kahasaliza

Advertisements
This entry was posted in Master Minda, Power Minda, Rawatan Minda, Solusi Minda and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s