Menghalau Binatang Dengan Keajaiban Minda

Siput BabiPada awal tahun 1998, sewaktu mula berpindah ke rumah di Taman Kasturi, Jalan Gambang. Saya mula menanam sayuran di belakang rumah. Seronok betul bila melihat hasil tanaman sudah semakin besar. Pada suatu hari, saya dapati sayuran saya semakin kurus dan bermasalah. Rupa-rupanya kawasan belakang rumah saya dijenguk oleh banyak siput babi. Siput babi tersebut sudah menjadi binatang perosak kepada tanaman saya.

Saya terjumpa buku perubatan menggunakan nama-nama Allah untuk berbagai perkara. Saya terjumpa salah satu nama tersebut yang boleh digunkan untuk menghalau siput babi tersebut. Pada malam itu, dengan penuh kepercayaan, saya amalkan zikir nama Allah tersebut. Saya amalkan lebih kurang seminggu, selepas itu apa yang berlaku, kesemua siput-siput tersebut mati.

Apabila saya selesai belajar dengan bapak Firman, timbul penyesalan dalam diri saya, kenapalah saya tidak halau sahaja siput babi tersebut, bukan berakhir dengan kematian. Sedih bila difikirkan, tetapi waktu itu saya belum belajar tentang keajaiban minda. Selepas saya belajar, saya mendapat ilmu yang lebih bermanafaat untuk saya lakukan dalam banyak perkara.

Setiap perkara jika tidak dibuat, pasti tidak tahu hasilnya. Suami saya mempunyai ladang nangka dan cempedak. Sebulan sekali beliau membawa balik buah-buah tersebut ke rumah untuk dijual. Beliau sering bermasalah dengan monyet yang banyak sekitar rumah saya. Sebelum ini beliau terpaksa menyembunyikan buah-buah tersebut.

Pada suatu hari, saya pelik bila beliau balik, beliau tidak lagi menyembunyikan buah-buah tersebut. Saya diamkan sahaja, petang itu, sesampai di rumah, saya dapati buah-buah tersebut masih dalam keadaan baik. Pelik juga ye! Saya terus bertanya suami saya dan beliau menjawab, ” Saya kan dah belajar kat kelas AMC, saya praktis lah”. Wah! seronok kan bila apa yang kita belajar, kita dapat gunakan dalam kehidupan harian kita.

Setelah itu saya mencuba lagi menggunakan minda bawah sedar untuk menghalau cicak. Saya pasti ramai surirumah bermasalah dengan kehadiran cicak yang banyak yang menyebabkan lantai rumah kotor seperti saya. Alhamdulillah, dengan kepercayaan yang penuh bahawa minda saya mampu menghalau cicak menggunakan cara yang di ajar oleh bapak Firman, saya berjaya menghalau cicak-cicak tersebut, mudahkan!!!!

Tapi hati-hati ye, binatang yang dihalau, yang lain pulak yang datang. Ia berlaku kepada seorang alumni program AMC bapak Firman. Beliau hendak bercuti ke Kuala Lumpur, sebelum keluar rumah, beliau terus mempraktiskan apa yang beliau belajar di dalam kelas AMC untuk menlindungi buah mangga yang sedang ranum sepanjang ketiadaan beliau.

Selepas dua hari di Kuala Lumpur, setibanya beliau dirumah, beliau sangat terkejut kerana semua buah yang masak telah tiada. Apa yang beliau jumpa di bawah pokok mangga tersebut adalah sebuah tangga. Adus, ada manusia rupanya yang mencuri. Setelah beliau mengingat semula semasa beliau melindungi mangga tersebut, rupa-rupanya beliau hanya menghalau binatang tetapi tidak menghalau manusia, hihihi.

Jadi semuanya berlaku atas permintaan kita. Kalau kita minta yang baik, maka baiklah yang datang. Kalau minta yang buruk, maka buruklah. Hati-hati dengan minda kita terutama minda bawah sedar. Saya sangat bersyukur kerana saya sudah tahu bagaimana menggunakan minda bawah sedar dengan cara yang paling baik.  Kelas AMC telah banyak mengajar saya.

Kahasaliza

Advertisements
This entry was posted in Master Minda. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s