Apa kurangnya ‘Cukup’?

Awal pagi lagi dah kedengaran bebelan seorang ibu… Hihihi…

cukup-itu-terserah-pada-fikiran-kita“Liza, boleh tolong akak tak? Kirimkan duit untuk anak akak di Indonesia boleh? Akak ni tidak pernah ‘cukup’ untuk menyimpan, tiap-tiap bulan pasti duit yang nak disimpan kena kirim ke sana,” kata kak Ros sambil mengerut dahi. Sebenarnya hampir tiap-tiap bulan kak Ros minta saya mengirim duit ke Indonesia samada kepada anak atau ibu beliau.

Saya senyum sambil bertanya, “Kak Ros maunya apa ye?”.

Mau apa?” Kak Ros tidak faham soalan saya.

“Ok, akak datang ke Malaysia tujuan apa?”

“Yaa..mencari duit untuk saraan anak dan ibu, juga untuk simpanan untuk kegunaan akan datang. Tapi akak ini tiap-tiap bulan tak pernah ‘cukup’ untuk menyimpan, mesti anak atau ibu menelefon butuh duit”, sambung Kak Ros.

“Kak, yang cakap tidak cukup itu kan akak? Akak dah ulang banyak kali, dan saya pasti bulan depan pun akak tidak ‘cukup’ duit untuk disimpan, mesti ibu akak pula yang minta”. Saya menjelaskan kata-kata beliau.

Memang betul tu Liza, akak pasti bulan depan mesti ada urusan lain pulak yang perlukan duit“, Kak Ros menyokong penuh pendapat saya.

“Jadi akak memang maunya macam tu lah… Kalau gitu, akak perlu terima apa yang terjadi sekarang. Duit akak cuma ‘cukup’ untuk kirim kepada keluarga sahaja..”, balas saya.

Eh, kalau gitu sampai bila-bila pun memang akak tak ‘cukup’ duit untuk menyimpan lah ye…” Kak Ros kembali tenang.

“Kak, saya cuma berkongsi dengan akak apa yang saya belajar dengan Bapak Firman Pratama dalam kelas AMC. Kak, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa dan apa yang kita cakap itu semua DOA, Allah tidak salah mengabulkan apa yang kita minta, yang salah itu tetap diri kita yang meminta. Kita mesti minta dengan jelas kak…”, sambung saya.

 “Sebelum ini pun memang itu yang akak nak, cuma tak mintalah masa berDOA“.Kak Ros merenung muka saya. “Jadi, Kak Ros perlu DOA macam mane ye?“.

“Kak, DOA itu tidak semestinya di tikar sembahyang kak…kita sentiasa dalam berDOA kak, kita sahaja yang tidak sedar, setiap masa kita mesti sentiasa meminta yang baik, mudah dan menyenangkan…”, sambil berkata kepada Kak Ros, saya masih ingat kata-kata Bapak Firman yang saya gunakan setiap kali bernafas…baik-mudah-menyenangkan… manakala Kak Ros masih menunggu saranan saya untuk DOA beliau.

“Kak, tadi kan akak sudah jelas mau ‘cukup’ mengirim duit kepada keluarga akak dan ‘cukup’ untuk menyimpan, jadi minta untuk kedua-duanya, insyaallah dikabulkan.” Saya memberi pendapat. Alhamdulillah, Kak Ros nampak ceria selepas itu dan meneruskan tugasan beliau.

‘Cukup’ itu terserah kepada fikiran kita, itu yang kita semua mesti tahu. Kita tidak perlu iri hati atau protes dengan ‘cukup’ orang lain kerana setiap orang itu, ‘cukup’ itu berbeza. Yang tepat kita perlu siap menerima ‘cukup’ yang kita ciptakan dan seterusnya redha dengan ‘cukup’ itu, maka kita sentiasa bersyukur dan berada dalam rahmatNya.

– Kahasaliza

Advertisements
This entry was posted in Inspiration, Master Minda, Power Minda, Solusi Minda, Training Minda and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s