BIL HIKMAH

bil-hikmah-keajaiban-minda

 

16:125

Id-u ila sabilirabbik bil hikmah wa mauizatul hasanah wa jaadilhum billati hiya ahsan Inna rabbaka huwa aaklamu bi mandhalla an sabilihhi wahuwa aklamu bil muhtadinn

“Serulah ke jalan tuhanMu dengan hikmah dan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik. Sesungguhnya TuhanMu akan dialah mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah-hidayah petunjukNya.”

Surah An-Nahl, Ayat 125

Assalamualaikum wbt.,

Alhamdulillah segala pujian-pujian yang tinggi hanya terkhusus bagi Allah, penguasa di langit dan di bumi.

Selawat dan salam ke atas para junjungan nabi-nabi dan rasul-rasul daripada Sayyidina Adam Alaihissatuwassalam sehingga ke akhirnya terutama dan terkhusus, kepada Baginda Habibullah Sayyidina wa Habibina Muhammad Ibnu Abdullah Rasulullah s.a.w.

Memenuhi undangan untuk berkarya tanpa wajah berkata, tanpa suara, lewat ruang maya ini semoga dipermudahkanNya jua. Manusia sememangnya ciptaan Allah yang terindah dan paling sempurna dengan kesempurnaan, paling indah dengan keindahan, paling istimewa di sisiNya  Yang demikian itulah menyebabkan diri saya bersiap sedia memohon ampun dan petunjuk kepada Nya setiap masa dan mohon maaf kepada pembaca seandai berlaku sebarang kekurangan dan agar saya tidak terlari mahupun tergelincir dari landasan asal jalan petunjuk kepada kebenaranNya dan semoga diri ini sentiasa mengingatiNya dalam tiap ungkapan sejajar dengan pesananNya seperti di pembukaan artikel ini; Surah An Nahl:125.

Serulah ke Jalan TuhanMu dengan Hikmah dan Kebijaksanaan dan Nasihat Pengajaran yang Baik-baik.

Sesungguhnya Allah Maha Baik Maha Kasih Sayang. Peringatan kepada diri saya bahawa saya hanya mampu membawa pembaca kepada JALAN.

Mengapa hanya membawa kepada jalan sahaja? Mudah. Kerana manusia hanya mampu menuntun kepada jalan dan hanya Allah pemegang kunci taufik dan hidayahNya. Sudah tentu jalan ciptaan Allah mempunyai destinasi yang sudah jelas lagi nyata. Mengetahui jalan adalah satu ilmu; mengetahui destinasi juga satu ilmu, dan mengadun keduanya dengan amalan, akan melengkapkan sebuah perjalanan.

Suluhan cahaya hidayah amatlah diperlukan untuk memastikan jalan yang dipilih adalah jalan pulang yang penuh keberkatan dengan destinasi penuh keindahan dan kasih sayangNya. Hari ini coretan-coretan saya ini mungkin tidak terkesan di hati. Tidak menjadi cerita pilihan. Tidak sepopular dan sepuitis penulis lain.

Saya berdoa semoga usaha saya sekecil ini mampu menjadi tuntunan berhikmah menuntun diri saya dan diri siapa jua yang dikehendakiNya hingga menjadi penyebab keberadaan di landasan jalan kebenaran dengan rasa yakin dan percaya bahawa Allah dengan sifat penuh kasih sayangNya akan membawa diri kita ke destinasi. Moga dicetuskan dengan hikmah moga mampu diadun dengan kebijaksanaan mengolah dan menuturkan bagi pengajaran untuk semua.

– Mohd. Rosli


rosli-platinum-AMC-keajaiban-minda

Penulis undangan kami, Encik Mohd Rosli Bin Yusop adalah seorang akauntan & ejen cukai bertauliah. Selain dari aktiviti lasak, beliau juga mempunyai minat yang mendalam  dalam bidang pembacaan & penulisan.

Our guest writer, Encik Mohd. Rosli Bin Yusop is an Accountant & tax agent by profession. His passion includes outdoor activities as well as reading & writing on subjects closed to his heart. 

Advertisements
This entry was posted in Inspiration, Master Minda, Spiritual and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s