DETOKS HATI

Detoks hati? Pelik bunyinya kan… Sering  didengar kalau detoks itu pasti ada kaitan dengan perutkan? Ramai orang sensitif dengan perkataan detoks sebab yang timbul dalam memori adalah kerap ke tandas… Aduss, memang serik dengan detoks ni!

Menurut seseorang kalau kita nak ke tanah suci, “Jangan bawa tong najis ke sana!”… Ish, ish… Pelik bunyinya kan?

Ye lah..kalau nak ke sana, biarlah usus tu betul-betul bersih, pergi cari dulu apa-apa ubat atau supplements untuk detoks, bersihkan dulu semuanya“. Oh, baru saya faham, betul jugak tu, tak pernah orang bagi nasihat buat detoks sebelum pergi ke tanah suci. Selalunya macam-macam cara dan peringatan orang beri, memang itu pertama kali dapat tip sebegini.

Untuk detoks usus ni mudah aje sebenarnya.  Berlambak kat farmasi, pilih je yang mana satu; yang mahal ada, yang murah ada. Yang mudah ada, yang susah ada. Cuma… cukup ke dengan detoks usus sahaja?

Bagaimana dengan detoks hati?

Processed with Rookie

Processed with Rookie

Kalaulah detoks hati itu semudah detoks usus, boleh beli di mana kedai, pasti dunia ini aman kan… boleh jadi syurga! Walaupun tidak semudah detoks usus, banyak juga cara dan amalan yang kita boleh dapat dari ustaz-ustaz atau melalui Internet. Klik aje, macam-macam cara ada.

Sama juga macam detoks usus, ada yang mudah, ada yang susah. Semakin susah caranya dikatakan makin bersihlah hati . Tapi, sejauh mana  boleh saya tahu hati saya sudah betul-betul dah didetoks? Hanya saya sahaja yang tahu kan.. Disebabkan itu saya terus mencari jalannya.

Detoks hati melalui keajaiban minda? Hati seseorang itu tergantung kepada fikiran seseorang itu? Jawapan itu saya temui setelah habis tiga hari kelas platinum bersama Bapak Firman Pratama. Sebelum mengikuti program platinum, saya sudah ikuti lima kali kelas AMC Bapak Firman. Saya mengambil peluang untuk hadir ke kelas setiap kali Bapak Firman datang ke Malaysia. Kenapa? Pertama, kos yuran kursus, saya hanya bayar  kelas kali pertama sahaja; kelas seterusnya saya hanya bayar kos kehadiran sahaja. Kedua, setiap kali kelas, saya mesti dapat pelajaran baru. Ketiga, saya masih belum jumpa betul-betul apa yang saya cari… Detoks hati. Jawapan itu saya jumpa dalam kelas Platinum. Kelas AMC merupakan kelas pengenalan terbaik yang lebih kepada memodifikasi data yang ada dalam diri.

Alhamdulillah, selepas mengikuti kelas platinum Bapak Firman, saya sudah jumpa lebih dari apa yang saya cari. Betapa ‘kecilnya’ saya rasa diri saya selepas habis kelas. Dulu, saya selalu sibuk untuk kenal orang lain tapi saya tidak sibuk untuk kenal siapa diri saya. Saya perlu kenal betul-betul dulu diri saya, maka dari situ saya betul-betul kenal Pencipta saya.

Bapak mengajar saya, cara yang mudah untuk saya men-detoks hati. Sebelum ini saya tidak pernah membayangkan semudah tu sebab yang saya jumpa sebelum ni seakan memberatkan saya. Cara Bapak Firman lebih mudah dan santai. Hanya menggunakan teknik AMC, ianya semakin mudah untuk dilakukan dalam setiap hembusan nafas saya. Detoks hati itu rupanya terletak di fikiran. Untuk hati itu baik, maka perlulah berfikir yang baik-baik dan positif sahaja.

Satu perkara lagi yang menarik buat saya, dulu kalau sebut hati, yang saya gambarkan adalah bentuk ‘love‘, mulai sekarang, bentuk hati saya itu tergantung saya kan … cara membersihnya juga tergantung saya, saya detoks-nya setiap  degupan jantung saya. Dan ternyata… Semakin di-detoks, semakin tenang jiwa saya. Paling penting, saya merasa semakin dekat dengan pencipta… ALLAH.

– Kahasaliza

p/s: Kursus AMC Siri ke-9 : 8 & 9 Ogos 2015.

Pendaftaran dibuka sekarang.

 

Advertisements
This entry was posted in Inspiration, Master Minda, Power Minda, Solusi Minda, Training Minda and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s