Sihat atau sakit Itu Mahunya Siapa?

cipta-diatur-sebaik-baiknya-hasilnya-pasti-terbaik-amc-sakit-rehat-pulihAlhamdulillah, sihat itu sangat baik untuk semua orang kan… Tapi adakah semua orang mahunya baik? Pelikkan bunyinya apabila ada orang sebenarnya suka sakit atau salah mintanya yang akhirnya membuat seseorang itu sakit. Atau apa? Ada orang suka sakit kerana dengan sakit, dia sentiasa diberi perhatian. Jarangkan kita mendengar orang melawat orang sihat, ramai orang yang pergi melawat orang sakit, maka sebab itu, ramai orang yang suka pada sakit. Semakin sakit, semakin ramai orang yang datang melawat.

Saya mempunyai seorang saudara yang sakit kanser. Beliau hanya mengetahui sakit beliau itu yang sudah peringkat tiga. MasyaAllah, tiada pilihan lain yang beliau ada melainkan membuang satu bahagian dari bahagian badan beliau.  Manakala bahagian yang sudah mula dijangkiti perlu dirawat dengan kaedah kemoterapi.

Sedih  bila bertemu beliau selepas beberapa kali rawatan, rambut sudah mula gugur satu persatu. Teringat pada arwah abah, yang juga meninggal akibat kanser paru-paru, dia kata rasa macam nak letak sprinklers atas dada setiap kali lepas rawatan kemoterapi. Betapa panasnya rawatan tersebut!

Tetapi yang menariknya saudara saya ini, sewaktu bercakap dengan beliau,  beliau tidak berbicara pasal penyakit yang dialami; sangat ceria, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Setiap orang yang berjumpa beliau tahu penyakit yang dialami tetapi tiada seorang pun bertanya tentang penyakit beliau kerana dia gembira dan ceria seperti biasa.

Wah!!!! Hebat saudara saya ni menghadapi penyakitnya. Ternyata saudara saya ini lebih memilih untuk sihat, maka yang datang itu adalah sihat. Sihat itu adalah pilihan beliau. Apabila beliau hanya memikir untuk sihat, maka Allah berikan kesihatan untuknya.

Ramai  orang kata tinggi betul semangat beliau. Setelah beberapa bulan, rambut beliau kembali normal dan beliau menjalani kehidupan seperti orang sihat. Siapakah yang memberi semangat itu? Adakah dia datang dari luar atau dari dalam? Adakah semua pesakit kanser sentiasa diberi semangat oleh sanak saudara atau sahabat handai? Adakah semua pesakit itu mendapat semangat yang sama?

Bagi saya, semangat dari dalam itu lebih utama yang perlu dibuat. Semangat itu ada di fikiran kita. Kita yang menciptakan semangat itu. Tiada unsur lain yang boleh mencipta semangat itu selain fikiran kita yang menciptakannya.

Bercerita tentang mencipta, saya pernah ‘mencipta’ untuk berehat selama dua seminggu. Apa yang berlaku? Dia bermula dengan rasa kebas-kebas di kedua belah tapak tangan. Rasa sakit itu makin teruk pada tapak tangan sebelah kiri, sehingga menganggu waktu tidur saya. Seorang kawan menasihati saya untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana simptom itu ada kaitan dengan penyakit jantung, berdebar juga ye! Ternyata jantung saya sihat, alhamdulillah…cuma saya disahkan menghidapi ‘carpal tunnel‘.

Setelah dirawat, saya terpaksa menjalani pembedahan untuk mengurangkan kesakitan tersebut. Terkejut apabila doktor memberi cuti sakit dan bila dikira, tepat dua minggu!  Wah!!! Alhamdulillah ternyata saya dapat!  Cuma…rehat saya selama dua minggu tepat itu adalah cuti sakit… Aduss salah di mana ye? Saya minta rehat bukan minta sakit! Tapi yang saya dapat adalah rehat kerana sakit.

Mula merenung kembali pengajaran konsep minda alpha yang diajar oleh bapak Firman Pratama. Saya mula membuka semula ‘kitab’ yang dibekalkan oleh bapak, memang yang salah itu sebenarnya apa yang saya minta  dan atur dalam ‘penciptaan’ tersebut.

Ternyata setiap ‘penciptaan’ itu perlu diatur dengan sebaik-baiknya. Maka hasilnya pasti yang terbaik.

— Kahasaliza

Advertisements
This entry was posted in Master Minda, Power Minda, Rawatan Minda, Training Minda and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s