MERDEKA Datang Lagi

memerdekkakan-fikiran-saya-dahulu-sebelum-memerdekakan-fikiran-anak-anak-keluarga-saya-merdeka-Malaysia-Kahasaliza-Keajaiban-MindaSetiap tahun pasti semua rakyat Malaysia menanti 31 Ogos… tergantung kepada setiap individu kenapa dan bagaimana untuk menikmatinya.

Merdeka itu apa? Soalan itu sering ditanya oleh anak-anak kecil yang baru mula pandai menyanyikan lagu ‘Tanggal 31 Ogos’, maka sudah pasti setiap orang dewasa perlu tahu makna kemerdekaan. Hihihi… sekarang mudah je nak tahu, semua dihujung jari, tekan je ‘search‘, macam-macam makna ada. Makna itu juga tergantung kepada setiap individu kan…

Setiap tahun juga sejarah bagaimana Malaysia mendapat kemerdekaan disingkap semula. Ceritanya sama sahaja setiap tahun. Kenapa? Sebab sejarah tidak boleh diubah, ia tetap sama cuma cara penyampaian sahaja berbeza.

Menurut satu pendapat, pengertian merdeka adalah terlepas dari segala macam kekangan, aturan dan kekuasaan dari pihak lain. Merdeka adalah suatu kebebasan mahkluk hidup untuk mendapatkan haknya dalam berbuat sehendaknya. Menarik juga untuk dibahaskan…

Tapi yang datang kepada saya ialah diri saya sendiri. Adakah saya sudah betul-betul merdeka supaya ia boleh sinonim dengan kemerdekaan negara. Apalah ertinya jika negara saya merdeka tapi diri saya belum merdeka. Merdeka yang bagaimana ye…

Setelah belajar dengan Bapak Firman tentang ilmu fikiran, saya mula terfikir adakah fikiran saya sudah betul-betul merdeka. Adakah fikiran saya masih di’jajah’ walaupun negara saya sudah merdeka? Saya adalah anak merdeka, saya tidak sempat dengan kehidupan susah payah datuk dan nenek saya sebelum merdeka tetapi seawal saya mula membesar dengan pelbagai peraturan yang telah ditetapkan… Wah!!! Rupanya saya mula di’jajah’ ibu dan ayah saya. Banyak perkara yang saya perlu elak. Saya mula diberi data seperti, ‘Hidup ini susah, nak.’ , ‘Hidup ini penuh dugaan.’ , dan ‘Hidup ini penuh ranjau dan duri, kamu mesti berusaha untuk mengatasinya’.

Maka bermula episod hidup yang perlu saya lalui. Saya di’jajah’ lagi rupanya ketika mula dibangku sekolah. Kenapa semuanya susah ya… Emm… Matematik susah, English susah, semualah susah… Exam lagi susah, aduss bila ye boleh jadi senang? Masuk universiti mungkin lebih senang tapi fikiran saya di’jajah’ juga oleh para pensyarah bahawa belajar di universiti juga susah… Bila sudah masuk univeriti, barulah cakap, ‘SPM senang je… Ish…  itu dah lepas, kenapa masa ambil exam SPM dikatakan susah?’

Alhamdulillah, dalam bersusah-susah belajar di universiti, akhirnya tamat juga. Kemudian, saya mula melangkah ke alam pekerjaan. Hari pertama masuk kerja, fikiran saya di’jajah’ juga lagi oleh majikan dan senior, “Apa, awak ingat kerja ni senang ye?” Aduss… kerja pun susah juga ye?

Sedar tidak sedar setelah saya pula mempunyai anak, saya juga mula men’jajah’ mereka sepertimana saya di’jajah’ dahulu. Putaran itu nampaknya tidak berhenti sehingga saya menemui ilmu fikiran dalam kelas Platinum Bapak Firman. Rupanya selama ini fikiran saya di’jajah’. Saya perlu memerdekakan fikiran saya dahulu supaya saya boleh memerdekakan fikiran anak-anak dan keluarga saya.

Sudah lebih 40 tahun fikiran saya di’jajah’, saya memerlukan masa untuk memerdekakannya. Saya sudah mula sedikit demi sedikit memerdekakan data dalam fikiran saya, saya masih belajar dan terus belajar untuk membersihkan semua data-data yang buruk yang saya telah kumpul dari dulu lagi. Walaupun ilmu ini baru saya temui tapi saya amat pasti bahawa saya masih belum terlambat. Semakin saya mula memerdekakan fikiran saya, semakin saya dapat merasakan saya makin dekat dengan Pencipta saya, Allah SWT.

Dari situ, dulu hidup ini susah tapi mulai saat ini dan seterusnya hidup ini mudah… Ya Allah, kau permudahkanlah dengan cara yang paling baik dan menyenangkan… Aamiin.

Selamat Menyambut MERDEKA!

Kahasaliza

Advertisements
This entry was posted in Master Minda and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s