Oh Bubur Asyura… Diriku & Hijrah…

asyura-sugesti-neutral-data-AMC-kahasaliza-keajaibanmindaBubur Asyura…. Emmm memanglah kegemaran! Setiap tahun saya pasti tertunggu masa bubur Asyura muncul. Walau apa pun yang dilkatakan tentang bubur Asyura ini, yang pasti memang sedap pada pendapat saya…. Terlalu banyak cerita di sebalik bubur Asyura. Resipinya, caranya… Berbagai pendapat tentang tradisi memasak bubur Asyura; apa yang pasti, banyak perkara-perkara yang baik yang dapat saya perolehi semasa aktiviti memasak bubur Asyura ini dilakukan. Pada masa itulah, jalinan ukhuwah terjalin sesama masyarakat setempat. Ia juga mewujudkan amalan tolong-menolong, rasa kasih sayang, semangat hormat-menghormati, di antara yang tua dan yang muda.

Dari pembacaan saya, bubur ini sebenarnya adalah makanan yang disediakan ketika waktu berbuka puasa untuk mereka yang berpuasa pada 10 Muharram mengikut kalendar Islam. Asyura berasal dari perkataan Arab ‘asyara’ yang bermaksud sepuluh. Pada 10 Muharram juga menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban yang berlaku ke atas para Nabi. Maka sebab itulah masyarakat Islam amat menghormati hari tersebut.

Bila masyarakat masih lagi memasak bubur Asyura, maka ianya bermakna bahawa bulan Muharram masih ada… Oleh itu, masih tidak ketinggalan untuk saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Dan… saya juga masih tidak ketinggalan untuk mengucapkan salam Maal Hijrah khas buat diri saya…

Salam Hijrah buat diriku…

Maafkan aku, wahai diriku…

Maafkan aku, wahai tubuhku…

Maafkan aku, wahai anggota-anggota tubuhku…

Maafkan aku, wahai fikiranku…

Maafkan aku, wahai kalbuku…

Kerana… selama ini aku selalu mengabaikan diriku…

Mulai sekarang dan seterusnya aku mesti selalu menjagamu dengan cara yang paling baik dan menyenangkan…

Maafkan aku, wahai seluruh makhluk di alam dunia ini…

Aku juga sudah siap untuk memaafkan semua makhluk di alam dunia ini…

Maafkan aku wahai Penciptaku…

Tugas pertama yang perlu diselesaikan pada awal tahun ini adalah meneutralkan semua data yang tidak baik yang telah disugesti dalam fikiranku.

Semua data-data dalam fikiranku selepas ini semua yang baik-baik sahaja.

Sempena hijrahku tahun ini…doaku agar…

Hijrah hati dari gelap kepada cerah…

Hijrah perbuatan dari jahat kepada baik…

Hijrah fikiran dari negatif kepada positif…

Hijrah kata-kata dari marah kepada puji-pujian…

Moga aku lebih dekat dengan Penciptaku..

  • Kahasaliza

 

Advertisements
This entry was posted in Inspiration, Master Minda, Power Minda, Spiritual and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s