Apa Yang Kita Dapat Sesuai Dengan Permintaan Kita

percaya-berjaya-didunia-untuk-lebih-berjaya-diakhirat-keajaibanminda-AMC-AlphaTeamSolutions-kahasalizaMusim keputusan peperiksaan besar datang lagi… Terasa macam baru je tahun lepas berkongsi rasa kegembiraan bersama anak-anak, anak kawan-kawan. Baru sahaja menerima ucapan dan memberi ucapan tahniah. Musim itu datang lagi…

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dalam peperiksaan PT3 dan juga UPSR baru-baru ini…

Tahniah kepada semua anak-anak sahabat handai & rakan taulan…

Tahniah kepada semua anak-anak peserta alumni AMC…

Tahniah kepada semua peserta alumni Eksplorasi Minda…

Alhamdulillah! Apa yang mereka minta, apa yang mereka percaya, itu kan semua doa mereka, insyaallah pasti Allah tunaikan.

“Mak long, Adik dapat 5A! Terima kasih ye sebab percaya Adik dapat 5A!” Kegembiraan jelas terpancar pada seorang pelajar yang berjaya mendapat keputusan terbaik. Begitulah gembira dan bersyukurnya anak saudara saya apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Semenjak beliau habis mengikuti program Eksplorasi Minda tahun lepas, dia selalu bertanya kepada saya sama ada percaya atau tidak dia boleh dapat 5A. Ayat yang selalu saya beri ialah, “Adik… Mak Long memang percaya Adik boleh dapat 5A, Adik mesti dapat 5A. Tahun lepas pun kakak pun dapatkan 5A kan… senang je!”

Ibu beliau sering berkongsi dengan saya yang “Adik tidak seperti Kakak; Kakak rajin belajar, adik suka main je. Nak periksa percubaan UPSR pun Adik tak habis baca lagi buku dia”.

Bila keputusan percubaan adik keluar, semua orang berkata, memang patut pun Adik dapat keputusan tu… 3B 2C. Dia tenang je sambil berkata, ” Adik mesti dapat 5A sebab Mak Long memang percaya Adik dapat 5A”.

Saya bertanya dengan ibu beliau, “Nak tak Adik dapat 5A ni?”. “Mestilah nak..” jawab ibu beliau. “Kalau betul nak, mesti percaya Adik boleh dapat 5A”. Itu sahaja rumusnya yang saya dapat selepas mengikuti kelas Platinum bersama Bapak Firman Pratama.

Alhamdulillah rumus itu cukup untuk Adik berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR nya.

Sebelum saya belajar, saya selalu merasakan itu semua adalah takdir. Kita hanya berusaha, yang menentukan Allah. Usaha dulu kemudian tawakal.  Selepas belajar, saya faham bahawa minta dan percaya pada Allah dulu, insyaallah kita pasti dapat.

Musim ini juga pelbagai kata pujian, & semangat yang kita berikan…

Cuba kita amati dua kata-kata ini:

“Dapat 5A pun belum pasti berjaya bila dah besar nanti!”

” Tak dapat 5A pun berjaya juga bila besar nanti!”

Selalunya kata-kata ini diberi selepas keputusan kan… kalau sebelum…

“Kamu mesti dapat 5A kalau nak berjaya bila besar nanti!”

Sedar tidak sedar, kata-kata kita sering membuat anak-anak bingung kan…

Tidak pelik kalau sekarang anak-anak atau ibu bapa merasa malu untuk berkongsi kejayaan mereka atau anak-anak mereka kerana takut dikatakan sombong. 

Anak-anak juga tidak bersemangat untuk meneruskan kejayaan demi kejayaan kerana apabila berjaya pun seperti tidak bermakna.

Ada juga berkata, “Berjaya di dunia pun belum tentu berjaya di akhirat!”

Sepatutnya kita berkata, “Alangkah bahagianya kalau kita berjaya di dunia untuk lebih berjaya di akhirat”.

Semua anak-anak ini sama. Allah Maha Adil. Semua anak-anak sama bijak, apa yang perlu adalah anak-anak mesti percaya yang mereka semua bijak. Semua orang di sekeliling mereka mesti percaya, mereka semua bijak. Sememangnya apa yang kita minta adalah sesuai dengan permintaan kita.

  • Kahasaliza

 

 

 

 

Advertisements
This entry was posted in Inspiration, Master Minda, Power Minda and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s