Anak Bertambah, ‘Rezeki Anak’ Bertambah?

rezeki-anak-bertambah-doa-termakbul-memberi-lebih-dapat-lebih-bercuti-bersama-kereta-baru-AMC-bapakfirman-kahasaliza-alphateamsolutions“Lama tak jumpa, berapa orang dah anak sekarang?” tanya seorang sahabat.

“Alhamdulillah, baru je tambah seorang lagi, dah lapan orang”, jawab sahabat beliau. “Ramai tu, patutlah aku tengok rezeki kau sekarang makin bertambah. Betullah cakap orang-orang tua, jangan bimbang kalau anak bertambah, rezeki mesti bertambah”.

Biasa dengar, kan perbualan begini? Maaf, kita juga pernah dengar rintihan sebegini… “Aku ni anak bertambah tapi duit makin tak ada…”

Dimana silapnya… adakah pada “rezeki anak” atau fikiran? Selepas saya belajar dengan Bapak Firman, saya faham bahawa segalanya ada di fikiran kita.

Saya sangat seronok berkongsi cerita, berkongsi impian dengan anak-anak saya. Alhamdulillah setakat ini apa yang kami impikan bersama, pasti kami perolehi. Saya masih ingat semasa duduk berasak dalam kereta lama kami. Maklumlah dulu masa ada anak tiga, masih tiada masalah tetapi apabila anak bertambah lagi seorang dan anak-anak semakin besar sedangkan kereta kami tidak membesar. Kadang-kadang macam dalam pasar pulak rasanya, padahal dalam kereta, makin bertambah ribut terutamanya apabila berjalan jauh. Masing-masing nak keselesaan. Kalau tiba masa nak tidur lagi kepoh. Hihihihi nak gelak pun ada bila teringat peristiwa itu.

Apa saya buat? Saya mula mencipta doa dan impian bersama anak-anak saya. Kami mula mencari kereta apa yang kami nak, jenama apa, warna apa, yang paling penting, bila? Alhamdulillah apabila doa itu dikongsi lebih ramai, dan mahunya sama, insyaallah lebih cepat kita dapat. Kenapa doa itu perlu sama? Serupa kan kalau kita memasak. Kalau semua anak-anak mahu kan menu yang sama lebih cepat disiapkan berbanding setiap orang menunya berbeza.

Dulu masa ada anak seorang, kami memang jarang bercuti bersama. Apabila anak bertambah, kami seronok mengatur percutian dan aktiviti bersama-sama. Apabila setiap percutian dan aktiviti dirancang, kami mudah untuk fokus satu persatu. Kami sentiasa mendoakan apa yang dirancang pasti terjadi. Kami selalu membayangkan saat gembira kami bersama semasa percutian tersebut. Semakin kuat kami bersama membayangkan, kami pasti doa itu semakin dimakbulkan.

Dulu sebelum belajar AMC, saya selalu mengelak anak meminta barang atau sesuatu yang baru kerana setiap permintaan itu, saya perlu keluarkan duit tapi selepas saya belajar AMC, saya sangat suka apabila anak saya meminta barang atau sesuatu yang baru. Saya tahu bersama permintaan dia, pasti bersama doa dari mereka agar kami ada duit supaya permintaan mereka tercapai. Formula ini mudah bagi saya, makin ramai anak yang meminta maka makin banyak doa dari mereka, insyaallah pasti duit juga bertambah, maka itu yang saya faham, anak bertambah,  rezeki pasti bertambah.  Saya tanamkan dalam fikiran saya bahawa setiap permintaan anak-anak saya, saya pasti tunaikan.

Saya belajar untuk mulai memberi, semakin banyak saya memberi untuk anak-anak, pasti rezeki saya bertambah. Memberi tidak semestinya dalam bentuk fizikal. Saya belajar mulai memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak saya, pasti perhatian yang saya dapat. Saya mulai memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak saya, pasti kasih sayang yang saya dapat. Saya mulai memberi belaian dan dakapan mesra untuk anak-anak saya, pasti belaian dan dakapan yang saya dapat. Formula saya mudah, saya mesti memberi terlebih dahulu, saya pasti rezeki saya pasti bertambah.

  • Kahasaliza
Advertisements
This entry was posted in Inspiration, Master Minda, Power Minda, Training Minda and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s