Cita-cita Anak @ Cita-cita Ibubapa?

fikiran-fikir-baik-mencorak-anak-anak-menulis-doa-ibubapa-cita-cita-kahasaliza-keajaibanminda-AMC-alphateamsolutionsMasih ingat tak sewaktu kita masih kanak-kanak, soalan yang biasa ditanya ialah…”Apa cita-cita kamu bila sudah dewasa nanti?”. Sewaktu itu jawapannya adalah spontan bukan..apa sahaja yang terlintas di fikiran kita, kita mesti jawab..”Saya nak jadi polis”.

“Saya nak jadi cikgu”, “Saya nak jadi doktor”. Kenapa kita menjawab itu secara spontan kerana ia tidak perlu ada alasan, yang perlu adalah jawapan. Masih ingat lagi tak, adakah jawapan kita sewaktu itu betul-betul terjadi sekarang. Atau jawapan itu hanya sebuah jawapan..

Perasan tak jawapan untuk soalan yang sama menjadi semakin susah untuk menjawabnya apabila kita meningkat dewasa. Sewaktu itu kita sudah perlu jawapan sekali dengan alasan. Kenapa nak jadi polis.. Kenapa nak jadi cikgu.. Kenapa nak jadi doktor.. Atau jawapan sewaktu kecil dulu sudah berbeza dengan jawapan bila meningkat dewasa. Atau kita sudah tidak suka ditanya dengan soalan yang serupa sebab kita beranggapan soalan itu hanya untuk kanak-kanak kecil sahaja. Orang dewasa sudah tidak perlu ditanya apa cita-cita mereka.

Apabila tiba saat untuk menentukan bidang apa yang hendak diceburi, adakah kita merujuk kepada jawapan kita untuk soalan yang sama. Atau jawapan sewaktu kanak-kanak dulu hanyalah sebuah jawapan sahaja. Akhirnya jawapan kita, nak jadi apa pun tak kisah lah, ikutlah dapat bidang yang mana, asal dapat kerja.

Akhirnya tiba masa ditawarkan pekerjaan, sekali lagi jawapan untuk soalan yang sama timbul. Adakah jawapannya sama. Adakah jawapan sewaktu kanak-kanak itu betul-betul terjadi. Atau jawapan sewaktu meningkat remaja itu betul-betul terjadi. Atau kerja kita sama dengan bidang yang kita pilih sewaktu kita diberi pilihan untuk memilih bidang yang kita hendak ceburi. Atau kerja kita sekarang jauh sekali dari bidang yang kita ceburi. Kenapa ini terjadi?

Itu baru jawapan dari seorang anak. Untuk soalan yang sama, ada juga jawapan yang lahir bukan dari diri anak-anak tersebut tetapi jawapan itu lahir dari ibu atau ayah anak tersebut. Adakah jawapan untuk soalan yang sama dari seorang ibu atau seorang ayah sama dengan jawapan anak-anaknya?.

Saya masih ingat sewaktu belajar dikelas pertama Bapak Firman Pratama di Malaysia. Saya mengikuti kelas AMC bersama suami saya. Bapak menyuruh saya menulis apa yang saya mahu untuk anak-anak saya. Saya mula menulis jawapan untuk soalan yang sama berkenaan cita-cita. Setelah berpuas hati dengan jawapan saya,  terus saya tunjuk kepada bapak Firman. Bapak bertanya ” Adakah jawapan ini sama dengan jawapan suami puan? Adakah jawapan ini juga sama dengan jawapan anak-anak puan?”  Tergamam saya buat seketika. Saya tidak pernah terfikir untuk berbincang bersama suami saya atau anak-anak saya untuk jawapan bagi soalan yang sama.

Setelah itu saya bertanya kepada suami saya. Perbincangan menjadi lebih pendek dan mudah tanpa ada kontroversi kerana suami saya menyerahkan kepada saya apa pun jawapan saya bagi soalan yang sama dan beliau pasti ia pasti terbaik untuk anak-anak kami dan mendoakan ia pasti terjadi. Alhamdulillah…

Apa yang berikutnya? Perlu bertanya tuan yang punya dirikan sebab jawapan untuk soalan yang sama itu perlu selari, bukan berlawanan. Sewaktu saya bertanya soalan yang sama, anak-anak saya memberi jawapan mengikut usia mereka, yang paling cepat memberikan jawapan adalah yang paling kecil usianya, jawapan yang sudah besar menjadi semakin lama dan jawapan yang diberi sekali dengan kata-kata yang tidak pasti. Sewaktu itu, saya sedar jawapan yang saya perlukan itu memerlukan bimbingan dan data. Anak-anak hanya mengikut sahaja tanpa mereka tahu alasannya. Saya cuba membantu mendapatkan data dan anak-anak mula memberikan jawapan yang masih belum pasti.

Saya mengambil keputusan untuk tidak memaksa mereka untuk memberikan jawapan. Apa yang saya lakukan? Saya teruskan DOA saya untuk jawapan yang sama kerana saya sudah lama ada jawapannya, bukan saya memaksa kerana saya  tidak memberitahu kepada anak-anak DOA saya tersebut. Dengan bantuan dari kelas AMC, saya mula memperelokkan DOA saya. Alhamdulillah, setelah itu jawapan anak-anak saya semakin yakin ke arah DOA saya. Mula-mula, memang agak terkejut, tapi betul menurut Bapak Firman, apa yang terjadi adalah bergantung kepada apa yang saya fikirkan iaitu DOA saya. Anak-anak itu lahir bagaikan sehelai kain putih, terpulanglah kepada ibubapanya untuk mencorakkannya. Fikiran yang mencorakkan anak-anak untuk menjadi yang terbaik, maka fikirlah yang paling baik, mudah dan menyenangkan.

– Kahasaliza

Advertisements
This entry was posted in Inspiration, Master Minda, Power Minda, Solusi Minda, Training Minda and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s