Mencipta, Memiliki & Memberi

mencipta-kebahagiaan-bahagia-kekayaan-kaya-AMC-keajaibanminda-sakit-kongsi-bapakfirman-alphateamsolutions-syaitan-berhutang-keluarga-kahasalizaSaya pernah ditanya oleh seorang teman, kenapa saya menulis status saya di Whatsapp “Mencipta Kebahagiaan”. Menurut teman saya, apa yang beliau faham, kebahagiaan itu telah ditentukan, bukan diciptakan. Saya juga biasa mendengar ayat “Mencari Kebahagiaan”. Apa yang saya boleh jawab ialah sebab saya di kelas AMC Bapak Firman Pratama, bahawa kebahagiaan itu adalah diciptakan. Kenapa?

Ia berlaku kepada diri saya lebih kurang lima tahun yang lalu. Sewaktu itu saya sedang menghadapi masalah dalam perniagaan saya. Saya telah ditipu oleh beberapa orang termasuk seorang teman. Disebabkan itu, perniagaan saya terpakasa menanggung kos tambahan dan hingga terpaksa juga berhutang. Sewaktu itu juga saya mengalami konflik perniagaan keluarga. Keputusan yang dibuat oleh saya sering tidak seiring dengan ibu saya yang hampir membuatkan saya keluar dari perniagaan tersebut.

Pada masa yang sama, hati saya juga terguris dan kecewa dengan masalah peribadi yang menyebabkan saya mula rasa marah kepada ramai orang. Kenapa saya marah? Adakah marah saya juga telah ditentukan atau saya yang membuat diri saya marah? Pada waktu itu semua keputusan yang saya buat sudah tidak lagi menjurus kepada penyelesaian masalah, tetapi saya hanya mahu keluar sahaja dari masalah tersebut. Saya nak berhenti dari berniaga, saya nak jual semua harta yang ada dan saya mahu hidup sendiri sahaja. Besarkan kesan kepada saya apabila saya mengambil keputusan untuk lari dari masalah? Kalau itu yang saya ambil, saya sebenarnya adalah seorang yang pentingkan diri sendiri. Saya hampir mengecewakan ibu saya dan keluarga saya.

Tapi..alhamdulillah masih ada ruang untuk saya apabila saya bersedia untuk mengikut program AMC Bapak Firman Pratama.  Mungkin disebabkan saya pergi dengan fikiran kosong, apa yang disampaikan oleh Bapak saya faham walaupun bahasanya baru bagi saya.

Apabila saya belajar mengenal diri saya, saya belajar tentang fitrah hidup manusia. MasyaAllah patutlah Allah tidak takut dengan gertakan syaitan untuk menganggu manusia.  Di dalam program AMC ini, saya temui jawapannya. Dan jawapan itu semakin jelas selepas saya mengikuti program Platinum Bapak Firman.

Selepas mengikuti program AMC selama dua hari, pada minggu pertama saya banyak bercakap dengan diri saya. “Saya ini mahunya apa?” Rupanya soalan itu bukan senang untuk menjawabnya.  Saya mula menulis satu persatu seperti yang diajar Bapak Firman.

Alhamdulillah, saya mula faham kenapa saya perlu menciptakan bahagia dalam hidup saya, barulah saya boleh memiliki kebahagiaan itu dan apabila saya sudah memiliki kebahagiaan itu, barulah saya boleh memberi, boleh berkongsi, boleh menyebarkan kepada orang lain.

Dulu, saya pilih untuk marah, saya juga yang menciptakan rasa marah itu, tetapi orang yang saya marah malah lebih bahagia, tidak tercalar apa pun pada hati mereka, sedangkan ketika saya marah, yang makin sakit itu adalah diri saya sendiri. Yang makin sakit itu juga adalah hati saya. Maka… ketika itulah syaitan berjaya menggoda saya, kan? Saya mula membuat modifikasi seperti yang diajar Bapak Firman. Akhirnya rasa marah itu sudah menjadi rasa sayang.  Dari situ saya mula merasa lebih bahagia.

Mudah untuk saya menciptakan kebahagian itu kerana saya sudah bersedia untuk mahu bahagia. Saya berjaya mencipta bahagia kerana saya yang mahu bahagia. Tiada siapa yang boleh membuat saya bahagia kalau saya menolak untuk menjadi bahagia. Apabila sudah memiliki kebahagiaan itu, barulah mudah untuk saya membahagiakan semua orang di sekeliling saya. Sama jugakan, kalau saya sudah memiliki kekayaan, barulah mudah untuk saya memberi kekayaan tersebut kepada orang lain.

Maka, mulai saat ini dan seterusnya saya sudah bersedia untuk mencipta kekayaan tersebut untuk mudah saya berkongsi dengan ramai orang.

Advertisements
This entry was posted in Inspiration, Master Minda, Power Minda, Solusi Minda, Training Minda and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s