Cara Terbaik Mencipta Hadiah

percaya-meminta-menulis-hadiah-tahun-baru-semangat-baru-allah-maha-baik-kebutuhan-tinggi-amc-keajaiban-minda-kuantan-malaysia-alphateamsolutions-kahasaliza

Ni akhir tahun tiba lagi. Sebelum masuk tahun baru 2017, saya begitu seronok memikir apa lagi hadiah yang saya perlu pada tahun 2017. Hihihihi saya pasti semua orang seronok mendapat hadiah sebab… percuma kan!!!. Sebab itu saya selalu meminta hadiah. Minta dengan siapa? Setelah belajar dengan Bapak Firman di kelas AMC, saya tidak perlu tahu siapa yang akan memberi saya hadiah, saya hanya tulis dan minta. Allah itu Maha Baik, Maha Pemberi, Maha Pemurah, kenapa takut untuk meminta. Cara saya?, seperti diajar di AMC, minta sahaja. Bagaimana?

Saya masih ingat ketika kali pertama Bapak Firman membawa isteri beliau, Ibu Ita ke Malaysia, isteri beliau memberi saya ‘tips’ yang mudah untuk saya buat bagaimana mencipta untuk mendapat hadiah. Beliau hanya ‘menulis’ setiap bulan apa hadiah yang beliau inginkan. Setiap hadiah yang ditulis pasti beliau dapat seperti yang ditulis..ajaib!!!!. Kalau tidak belajar di kelas AMC memang ajaib tapi bila sudah belajar di kelas AMC, semuanya cepat, mudah dan menyenangkan.

Saya mula membuat seperti yang diajar oleh Ibu Ita bermula tahun 2015, seperti anak-anak yang baru belajar, pasti ada yang berjaya dan masih ada yang gagal. Semuanya tergantung kepada fikiran saya. Kadang-kadang kelakar juga ye, apa yang kita minta sebenarnya bukan yang sebenarnya yang kita mahukan. Saya boleh katakan setiap yang saya gagal untuk mendapatkan hadiah tersebut adalah disebabkan saya belum betul-betul siap menerima untuk menerima hadiah tersebut.

Kadang-kadang manusia ini aneh, selalu mengeluh kerana banyak yang diminta tidak dikabulkan tapi apabila disuruh menulis apa yang dikehendaki, dua belas hadiah dalam setahun mengambil masa yang lama untuk difikirkan… hihihihi, itu terjadi kepada saya, empat hadiah pertama memang agak laju untuk saya menulis, bila masuk ke senarai seterusnya, ia semakin lambat untuk saya tulis. Maka, ada yang saya tulis itu sebenarnya bukan hadiah yang betul-betul saya perlukan. Saya hanya memenuhi tempat kosong sahaja dalam senarai tersebut. Saya belum betul-betul siap menerima untuk mendapatkan hadiah tersebut. Ia menjadi semakin mudah apabila saya sentiasa buat dan ubah yang mana yang salah.

Alhamdulillah, dalam tahun 2016, peningkatan mendapatkan apa yang saya inginkan untuk semakin baik. Maka, untuk tahun 2017, saya sudah siap menerima untuk mendapatkan hadiah-hadiah yang saya inginkan. Apa yang perlu saya buat, hanyalah menulis sahaja setiap bulan, hadiah yang saya inginkan. Setelah itu saya minta tanpa perlu memikirkan bagaimana cara mendapatkannya dan siapa yang akan memberikannya. Saya hanya perlu siap bersedia untuk menerima sahaja hadiah-hadiah tersebut. In sha Allah, saya pasti mendapatkan semua hadiah yang saya inginkan dengan cara yang paling mudah dan menyenangkan. Terima kasih saya dahulukan kepada semua bakal penyumbang hadiah saya. Allah itu Maha Baik!!! Syukur, alhamdulillah.

Salam tahun baru 2017. Tahun yang pastinya lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Kahasaliza

Advertisements
This entry was posted in Inspiration, Master Minda, Power Minda, Training Minda and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s