Pakar Minda Anda

pakar-minda-malaysia-kahasaliza Hjh. Kahasaliza Binti Abd Hadi,MBA

(Certified Hypnotherapist from Indonesian Smart Hypnosis)

(Certified Master Mind Control from Wahana Sejati Center)

(Certified Platinum Mind Control from Firman Pratama)

Hajjah Kahasaliza Binti Abd Hadi, adalah seorang intelektual, akademik, mempunyai Master dalam bidang  Pengurusan Perniagaan. Lahir minatnya yang mendalam untuk mengenal diri, beliau berusaha sehingga menemui pengetahuan minda bawah sedar.

Pendidikan tingginya merangkumi Ijazah Sarjana dari Universiti Utara Malaysia (UUM) & Ijazah Sarjana Muda (UIAM) di dalam bidang perakaunan.

Beliau memulakan pekerjaan beliau sebagai seorang auditor di Coopers & Lybrand, Kuantan, Pahang sebelum beralih ke dunia pensyarahan dimana beliau telah mengajar di 2 buah institusi pendidikan; International University College IKIP dan University College Shahputra selama 10 tahun. Dalam tempoh itu, beliau telah berubah dari seorang pensyarah ke Pengarah Akademik.

Pada 2006, beliau mengusahakan Anggerik Tunggal Entreprise yang menjadi perniagaan utama beliau selepas berada di bidang akademik. Bidang utama perniagaan tersebut termasuk Facilities Management and Maintenance, and landscaping.

Beliau mencari tentang bagaimana hidup seorang itu boleh berjaya, ketika itu beliau sedang mengalami masalah dalam perniagaan, dan akhirnya beliau menemui sebuah ilmu yang sangat beliau minati, iaitu ilmu tentang bagaimana Fikiran Bekerja. Beliau pun terus mendalami ilmu tersebut dari seorang pakar fikiran dari Indonesia iaitu bapak Firman Pratama. Dengan kesungguhannya untuk belajar fikiran, beliau akhirnya menemui sebuah pencerahan yang luar biasa sehingga masalah dalam kehidupannya mulai selesai.

Kerana beliau tertarik dengan ilmu Fikiran dan ingin berkongsi dengan ramai orang di Malaysia, akhirnya beliau memberanikan diri dengan membuka perniagaan yang menjurus ke bidang FIKIRAN iaitu Alpha Team Solutions. Ramai orang yang sudah beliau bantu untuk mempelajari ini dan berjaya memberikan manfaat yang besar dalam kehidupan mereka.

Beliau juga sudah mendapat pengesahan dari Bapak Firman Pratama sebagai seorang Hipnoterapi yang sah sehingga sudah berkebolehan untuk menjadi seorang pakar minda di Malaysia. Beliau semakin mendalami ilmu FIKIRAN dan semakin ingin memberikan pencerahan dan membuat perkongsian kepada semua orang bahawa setiap orang mempunyai fikiran yang begitu luar biasa.

pakar-minda-malaysia-khairany
Khairany Binti Mohd. Khaidzir, M.Sc

(Certified Hypnotherapist from Indonesian Smart Hypnosis)

(Certified Master Mind Control from Wahana Sejati Center)

(Certified Platinum Mind Control from Firman Pratama)

Khairany Binti Mohd Khaidzir adalah seorang intelektual dan berlatar belakangkan akademik. Beliau melibatkan diri dalam pengetahuan bawah sedar melalui Hajjah Kahasaliza.

Latar belakang pendidikan beliau adalah mempunyai Ijazah Sarjana dalam Bidang Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda dari Flinders Universiti.

Seperti Hajjah Kahasaliza, kerjaya beliau bermula dengan bidang pensyarahan di International University College IKIP dan University College Shahputra. Beliau juga mempunyai pengalaman menjadi Ketua Akademik Bahagian Bahasa Inggeris di kedua-kedua institusi tersebut sebelum beralih untuk melanjutkan pelajaran.

Beliau tidak meninggalkan bidang pendidikan & pensyarahan walaupun sedang menyambung pelajaran, malah sering menjadi tenaga pengajar bebas atau pensyarah sambilan untuk beberapa badan korporat. Antara badan korporat yang menggunakan khidmat beliau adalah seperti Universiti Putra MalaysiaPetronas Gas Berhad, Royal Malaysian Air Force (RMAF), SMIDEC, WASCO (Kuantan), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang (POLISAS), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan Pahang Skills Development Centre (PSDC).

Disebabkan kehidupan beliau sentiasa berdasarkan fakta dan sikap sentiasa bertanya membuatkan beliau tertarik dengan program ini yang telah diperkenalkan oleh Hajjah Kahasaliza.

Secara amnya, beliau hanya mendapat jawapan melalui media terutamanya dari rancangan berkaitan sains di televisyen. Dengan melalui kurusus AMC dengan Bapak Firman, persoalan beliau tentang perkara telah terjawab dari segala aspek. Pembelajaran Fikiran tentang kehebatan akal fikiran yang tidak terbatas ini yang menyebabkan beliau lebih modest dan lebih menghargai tentang segala kewujudan.

Bersama Hajjah Kahasaliza, mereka memutuskan untuk membuka sebuah pusat latihan yang mengendalikan kursus AMC (Alpha Mind Control) serta menawarkan bantuan untuk mereka yang memerlukan rawatan alternatif iaitu rawatan minda.

Alpha Team Solutions hadir di Malaysia sebagai satu-satunya pusat perlatihan dan rawatan minda di Malaysia.

 

pakar-minda-indonesia-bapak-firmanFirman Pratama,MT (Master of Telecommunication)

(International Grand Master of Mind Therapy),

(Founder Alpha Telepathy),

(Founder Alpha Mind Control)

Firman Pratama, S.T, M.T adalah seorang intelektual, ahli kademik,  pakar telekomunikasi, peneliti, konsultan fikiran/minda, tenaga pelajar (trainer) dan jurulatih di bidang pengembangan fikiran bawah sadar.

Pendidikan formal S1 Elektro-Telekomunikasi ia tempuh di STT-Telkom Bandung tamat dengan cemerlangnya pada 2007. Firman melanjutkan ke tahap S2 Magister Teknik Telekomunikasi Multimedia di Institut Teknologi Sepuluh November (ITS) Surabaya, pada tahun 2013. Firman memutuskan untuk berkerja di salah satu perusahaan telekomunikasi di bahagian Penyelidikan & Pembangunan (R&D) juga sebagai konsultan telekomunikasi dan pensyarah.

Minatnya yang mendalam terhadap dunia Teknologi Fikiran membuat Firman fokus dalam bidang ini dengan mempelajari dari berbagai mentor yang pakar, iaitu Adi W Gunawan, Anne Wise, Dr. J. Murphy, Anthony Robins dan Dr.Daniel G Amen.

Sejak tahun 2004-2007, Firman mempelajari spiritual modern di Pondok Pesantren Daarut Tauhid, Bandung dengan mentor Abdullah Gymnastiar.

Mulai tahun 2010, aktif memberikan  terapi kauseling terhadap masalah psikologi seperti kemurungan, gagap, ketagihan, malas belajar dan sejenisnya. Dengan gaya yang santai maka semua pelanggan merasa seperti berbincang dengan seorang sahabat.

Pada akhir 2011, Firman berjaya mencipta sebuah kaedah baru di dunia Teknologi Fikiran iaitu Alpha Telepati dan Alpha Mind Control, 2 kaedah revolusionari ini membuat Firman diundang ke berbagai kota di Indonesia bahkan sampai ke negara tetangga iaitu Brunei, Malaysia, Singapura. Buku Alpha Telepatinya tercatat pernah dikirim sampai ke Jepun dan Hongkong bahkan ke Dubai.

Dengan perpaduan spiritual tauhid, teknologi fikiran, dan teknologi elektro-telekomunikasi membuat Firman menemukan banyak “rumus” yang sangat sesuai diguna pakai untuk kehidupan.

Firman juga mulai menulis buku-buku dengan bertema Fikiran Bawah Sedar sesuai dengan keahlian beliau dalam dunia Perkembangan Diri.

Penemuan dan hasil kajian Firman Pratama di bidang Fikiran Bawah Sedar:

1. Dua Kata Sakti untuk membuka fikiran bawah sedar

2. Teknik tercepat dan termudah mengetahui tingkat saranan orang

3. Teknik mengetahui perangai orang dengan mudah melalui gambaran tangan

4. Indikator termudah saat kita berada di keadah bawah sedar (alpha-state)

5. Teknik Alpha Telepati, kaedah mempengaruhi orang lain tanpa bersemuka

6. Sahabat Virtual, pendamping diri sebagai konsultan untuk memberikan solusi terhadap semua masalah diri

7. Pekerja Virtual, memunculkan banyak pembantu yang dapat diberi tugas sesuai dengan keinginan

8. Maha Guru, teman tertinggi dalam diri agar membuat kita menjadi lebih arif dan bijaksana

9. Teknik Alpha Mind Control, cara termudah dalam mengawal fikiran bawah sedar

10. Teknik Sensory Perception (SP), meningkatkan kepekaan rasa terhadap benda

Sebagai seorang yang berlatar belakangkan pendidikan Teknik Elektro, maka Firman Pratama menjamin semua bahan latihannya bebas dari hal-hal mistik dan murtad. Banyak pihak diluar sana yang mengajar kekuatan fikiran tetapi dengan teknik yang masih dihantui dengan hal-hal dan perlakuan-perlakuan (ritual) yang aneh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s